Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 15, 2010

CeRiTa SaaT BeRLaLu

Bismillahirrahmanirrahim...

Hidup ni ibarat sebuah pendakian.. Kita akan terus mendaki ke tempat yang tinggi.. Semakin tinggi kita di atas, semakin hebat cabarannya.. Begitulah yang saya hadapi kini.. Pejam celik pejam celik,, bru tersedar bahawa saya telah berada di alam kampus.. Satu alam yang berbeza 180 darjah drpd alam prsekolahan.. Umur yg smkin meningkat dan pengalaman yg smakin bertambh mengajar aku erti kehidupn di bumi fana ini.. Tidak saya sangka bahawa satu hari nnt saya akn mnjejakkan kaki di bumi UNITEN ni.. Alhmdulillah,, saya amat bersyukur dgn nikmat kurniaan Ilahi kerana masih dberi kesempatan utk menikmati kehidupn sehingga detik ni..





Universiti Tenaga Nasional a.k.a UNITEN... Di sini la tmpt saya melanjutkan pelajaran dalam kursus Foundation of Engineering di bawah Program Pelajar Cemerlang MARA. Pejam celik pejam celik sudah setahun saya bergelar mahasiswi di UNITEN ni.. Sepanjang setahun ini, pelbagai pengalaman yang saya perolehi..

1. Kesukaran untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan

Memang saya akui bukan mudah untuk menjaga batas pergaulan di sini. Sebabnya kat sini lelaki lebih ramai daripada perempuan. Yela, dah nama pun course engineering. Sememangnya bidang saya ambil ni kebanyakannya diceburi oleh lelaki. Tambahan pula, saya berasal daripada sekolah semua perempuan. Pada mulanya saya mengalami kejutan budaya atau dalam bahasa om putihnya culture shock. Zaman sekolah dulu pun saya tidak gemar pergi ke pusat tuisyen atas dasar inilah. Sebabnya kelas tuisyen bercampur antara dengan lelaki dengan perempuan. Saya memang berasa tidak selesa apabila berada di dalam sekelompok dengan lelaki. Sampai sekarang pun saya masih berasa tidak selesa apabila bersama dengan lelaki. (bukan berdua-duaan ye.. )

Semasa orientasi, semua pelajar baru dikumpulkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan ativiti LDK. Kebetulan pula, group saya yang terdiri daripada sepuluh orang, saya seorang saja perempuan dalam group tu. Saya memang tak enjoy langsung aktiviti yang dijalankan kerana berasa tidak selesa dengan situasi tu. Waktu tu, hanya Allah saja lah yang tahu betapa saya ingin cepat-cepat nak habis orientasi sebab saya tak sanggup lagi nak duduk dalam group yang macam tu.

Selepas habis orientasi, saya menarik nafas lega. Saya rasa gembira sangat sebab tak perlu nak duduk sorang-sorang dalam group lelaki. Minggu seterusnya, kuliah pun bermula. Saya diletakkan dalam kelas PPC Section 2. Dalam kelas ni (seramai 30 orang), hanya 7 orang perempuan sahaja. Selebihnya adalah lelaki. Tetapi, saya rasa ok la jugak sebab dapat duduk dengan perempuan.

Tapi, secara jujurnya memang sukar sangat nak jaga batas pergaulan ni. Sewaktu sem 1 dulu, saya sendiri pun sudah tidak begitu menjaga batas pergaulan ni. (tak adalah sampai buat perkara yang haram lagi. Cuma tidak menjaga pandangan dan tutur kata) Alhamdulilah, Allah memberi petunjukNya kepada saya. Kini, saya harap sangat agar hubungan ikhtilat ni dapat saya jaga sebaik yang mungkin. InsyaAllah~



2. Pengalaman menjadi orang yang gagal



Semasa sem 1 juga la saya mengalami kegagalan yang amat dahsyat. Jikalau diikutkan pointer time tu, kemungkinan besar saya tidak layak lagi memegang pinjaman MARA. Masa tu barulah saya sedar bahawa saya ni cuma insan yang sangat lemah dan terbatas. Segala apa yang Allah bagi tu cuma sementara. Saya juga rasa sangat lemah. Namun, saya berasa amat bersukur kerana Allah beri kekuatan pada saya. Mulanya memang saya rasa masa depan saya amatlah gelap.

Lama kelamaan, Allah kurniakan nikmat ketenangan dalam jiwa saya. Allah kurniakan semangat kepada saya untuk terus berjuang di medan ilmu ni. Sesungguhnya, Allah memang Maha Penyayang. Alhamdulilah, Allah masih lagi memberikan peluang kepada saya untuk meneruskan pengajian di UNITEN dengan tajaan MARA.

Hikmah daripada kegagalan ni ialah ia membuatkan saya tersedar semula siapa diri saya yang sebenarnya. Saya hanyalah insan yang lemah yang bergantung harap pada Allah. Selain itu, saya juga harus bersyukur dengan segala ketentuan Allah. Memang pada mulanya, saya tidak pernah terfikir untuk menyambung pengajian di universiti swasta. Tapi, selepas dapat tawaran tu, dan buat solat istikarah, saya memilih UNITEN. Dalam masa yang sama, saya memandang rendah terhadap diri saya kerana tidak berjaya mendapat tawaran ke luar negara. Niat saya ke UNITEN bukan disebabkan untuk menuntut ilmu, tetapi sebab tawaran MARA. Sebab itulah, Allah uji saya dengan kegagalan ni supaya saya lebih bersyukur dengan nikmat yang diberiNya.

Saya harap selepas ni saya menghargai setiap kurniaan Allah dan lebih bersyukur terhadap dengan segala ketentuanNya. InsyaAllah~

tu la serba sedikit pengalaman yang saya boleh kongsikan di sini. InsyaAllah, jikalau diizinkan Allah, saya akan menceritakan pengalaman-pengalaman yang lain.

 
DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN. MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBAIKAN DAN KEBENARAN DENGAN PENUH KESABARAN. [surah Al-Asr; 103; 1-3]